THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �
Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Cereka zaman Kanak2

Dulu time aku sekolah rendah aku memang kuat melilau, sampai tiap2 hari cikgu bising aku dok lenyap je. Time kelas je automatic aku cabut keluar pegi lepak belakang bangunan sekolah ke, pondok guard yang time tu tak berpenghuni lagi..and favorite activity aku time REHAT ngan TAMAT sekolah, main KONDA-KONDI. Aku taw budak2 zaman skang ni maybe konda-kondi tu cam nama gula2 diorg ingat..maklumla permainan tu ley kira tradisional gak ar kan..

Konda-Kondi ni adik2 permainan yang pakai KAYU...takde controller atau console...just dua batang kayu...satu panjang satu pendek...kayu pendek tu kene letak melintang atas lubang kat tanah..and then guna kayu panjang kuis kayu pendek so dia melambung on air...


"Fly you Damn Stick!! Fly"

Kalau team lawan dpt sambut kayu tu, semua ahli team orang yg kuis kayu tadi "mati", tapi kalau kayu tu sempat jatuh ke tanah, team lawan akan baling kayu tu balik ke dlm lubang ataupun kena kat kayu panjang. Dalam kes ni, pemain yg melambungkan kayu sahaja yang "mati".

Oppssss jadi explainaition pasai Konda-Kondi lak tetiba nih...back to the story..suatu petang selapas tamat sekolah agama dulu...sementara aku tunggu atuk aku datang amik aku(sekolah aku 20 km from home and xde bas), aku ngan 3,4 member lain pon main ler konda-kondi...punya syok main lama2 org makin kurang sorang demi sorang...last2 tinggal aku sorang je kat belakang bangunan sekolah tu..nak check masa tak tau sebab tak pakai jam..tengok2 bukan belakang sekolah je...satu sekolah tu aku sorang je tinggal...

Mula2 kool je sebab standard ar atuk aku menyinggah kejap mana2 before amik aku kan.(?) tapi sampai dah azan maghrib pun atuk aku tak muncul2 lagi..last2 baru aku perasan, aku main konda-kondi ni kat sekolah kebangsaan yg betul2 located kat sebelah sekolah agama aku...mana atuk aku nak nampak...aku pun start panik..punya pening+takut duk sorang2 dalam gelap, tetiba aku dengar orang jerit nama aku...bila aku cam suara tu milik siapa, daripada takut gelap berubah lak takut orang...bapa aku pulak turun padang cari aku..mau teruk gak aku kene...aku ingat lagi bila bapak aku datang carik aku, dari aku menggeletar takutkan gelap, menjadi menggeletar nak melarikan diri...lupa segala fobia lain..hehehe..ayah2...memang sayang kat aku...

Hehe tu time sekolah rendah aku dulu, zaman tu mana ada game2, cite2 tv best2...astro pon baru belas2 channel je time tu...dak2 skang lain, sekolah rendah dah main game..naik menengah buat kepala kat "pavillion" or any kedai "topshop" kat area Selangor and KL..masuk Uni terus jadi terlampau social and lupa diri..kadang2 terpikir jugak, "modernization memanglah penting tapi kalau tanpa guideline, yang semakin modern technology sedangkan pemakainya semakin menuju kejahilan". renung2kanlah

Peace

TEST 1..2...3

Hey everyone...first post huh...tried blogging before tapi tak pernah nak tahan..hehe...

But why suddenly blog again u ask?
Aaaaa nak jawab soklan tu ak kene explain sket...dalam hidup ak yang kini penuh ngan assignment ni konon...ak memang bosan siang malam pagi petang...lagi2 bila xde update kat internet yg kian sunyi sepi. Maka teringat ler aku yang member2 ak ada la 2,3 orang yang kuat blogging. Aku pun apa lagi...toyol la. Sejak dari bangku sekolah lagi aku memang pro bab2 meniru, ikut jejak langkah orang lain, plagiarism dan istilah2 yang sewaktu dengannya. Sampai jadi kes gaduh sebab ikut/tiru action orang lain.



Even edward cullen hates it

To the point of making a shirt

Bukan aku nak sangat ikut orang lain nyer activity nih, tapi kalau aku ada activity sendiri taklah ak complain bosan 24/7 per day.

Anyway, harap2 ada la insan yang sudi belek2 tenung2 blog aku ni...bukan ada motif pon blog aku ni..just for fun jek.

R&C yeah...

Peace